Kod Etika Kementerian_Tenaga,_Sains,_Teknologi,_Alam_Sekitar_dan_Perubahan_Iklim_Malaysia

PI4K adalah merupakan panduan prinsip-prinsip, dalam mana semua warga kerja Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) perlu patuhi dan mengambilkira prinsip-prinsip ini dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Prinsip-prinsip ini adalah:

  • Prihatin
  • Ilmu
  • Kualiti
  • Kewibawaan
  • Keutuhan
  • Kesejahteraan

Prihatin

  • Perhubungan baik dan sihat sesama pekerja dalam sesebuah organisasi.
  • Perhubungan organisasi dengan industri di sekeliling.

Ilmu

  • Pembentukan masyarakat ilmu dalam melahirkan tenaga kerja yang mempunyai tahap kerja yang tinggi dan berkualiti.
  • K-KTAK sebagai teras pembangunan sistem maklumat.

Kualiti

  • Mengamalkan budaya kualiti dalam apa jua urusan yang dilakukan.
  • Melalui cara ini, servis dan prestasi KTAK terutamanya yang melibatkan industri terlibat seperti TMB dan TNB akan dapat dipertingkatkan di mata umum.

Kewibawaan

  • Nilai wibawa yang berkesan dalam melaksanakan dasar-dasar serta polisi yang dibentuk.
  • Pengawalan dan pemantauan yang berkesan kepada industri-industri di bawah KTAK.

Keutuhan

  • Menerapkan nilai amanah di kalangan warga KTAK.
  • Sentiasa mengamal dan mematuhi peraturan / sistem / garis yang dikeluarkan dari masa ke semasa.

Kesejahteraan

  • Pengamalan nilai-nilai murni dan keagamaan dalam kehidupan ke arah masyarakat bermoral dan beriman.
  • Menghayati, memahami dan mempraktikkan konsep kerja berasaskan PI4K dan Tonggak 12.